MAKLUMAN CUTI PENGGAL SATU & CUTI SEMPENA HARI KEPUTERAAN YDP AGONG

Assalamualaikum Tuan/Puan yang dirahmati Allah.

 

MAKLUMAN BERKENAAN CUTI PENGGAL SATU & PENUTUPAN SEKOLAH SEMPENA HARI KEPUTERAAN YANG DI-PERTUAN AGONG

 

Dengan segala hormatnya, merujuk perkara di atas.

  1.  Cuti penggal satu akan bermula pada 29 Mei 2025 (Khamis) – 9 Jun 2025 (Isnin).
  2. Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Istiqamah dan Tadika Al-Istiqamah (semua cawangan) masih beroperasi untuk sesi day-care sepanjang cuti penggal satu berlangsung.
  3. Murid-murid boleh hadir mengikut program masing-masing untuk sesi day-care dan aktiviti cuti sekolah yang diadakan. (Rujuk guru kelas untuk maklumat yuran sekiranya murid separuh hari akan hadir sepenuh hari).
  4. Pakaian sepanjang cuti sekolah adalah bebas dan menutup aurat.
  5. Pada 2 Jun 2025 (Isnin), Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Istiqamah dan Tadika Al-Istiqamah (semua cawangan) akan tutup sempena Hari Keputeraan YDP Agong. Sekolah dan tadika akan  dibuka semula pada 3 Jun 2025 (Selasa).
  6. Sesi PdPc akan berjalan seperti biasa pada 10 Jun 2025 (Selasa).

Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan/puan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

‘Bersama melahirkan generasi Muttaqin, Soleh, Rabbani & Murabbi’

 

Yang menjalankan tugas,

MOHD HAFIZUDDIN BIN ABDUL RASID,

Pengurus Besar,

Pusat Didikan Al-Istiqamah

——————————–

Cuti penggal 1 : 29 Mei 2025 – 9 Jun 2025

Cuti Hari Keputeraan YDP Agong : 2 Jun 2025

Sign in now!

Sign in and manage your account now