MAKLUMAN CUTI AWAL MUHARRAM 1447H / 2025

Assalamualaikum Tuan/Puan yang dirahmati Allah.

MAKLUMAN BERKENAAN CUTI SEMPENA AWAL MUHARRAM 2025/1447H

Dengan segala hormatnya, merujuk perkara di atas.

  1. Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Istiqamah dan Tadika Al-Istiqamah (semua cawangan) akan bercuti sempena Awal Muharram 1447H pada Hari Jumaat (27 Jun 2025)
  2. Sekolah dan tadika akan beroperasi seperti biasa pada hari Isnin, 30 Jun 2025.
  3. TIADA daycare akan dibuka pada Hari Jumaat.

Bersempena dengan ketibaan Awal Muharam 1447H, marilah kita mengakhiri penghujung tahun dan memulakan permulaan tahun baru ini dengan membaca doa akhir tahun dan awal tahun.

Mudah-mudahan kehidupan kita sepanjang tahun ini dipelihara Allah dan sentiasa dalam naunganNya.


DOA AKHIR TAHUN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.

اللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَاهُ مِنْ عَمَلٍ فِي السَّنَةِ الْمَاضِيَةِ وَلَمْ تَرْضَهُ، وَنَسِينَاهُ وَلَمْ تَنْسَهُ، وَحَلِمْتَ عَنَّا مَعَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَتِنَا، وَدَعَوْتَنَا إِلَى التَّوْبَةِ بَعْدَ جُرْأَتِنَا عَلَيْكَ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَغْفِرُكَ مِنْهُ فَاغْفِرْ لَنَا. اللَّهُمَّ وَمَا عَمِلْنَا مِنْ عَمَلٍ تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابَ وَالْمَغْفِرَةَ فَتَقَبَّلْهُ مِنَّا، وَلَا تَقْطَعْ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيمُ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Maksudnya:

Segala puji bagi Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW semulia-mulia Nabi dan Rasul, dan ke atas keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya.

Ya Allah, jika ada apa-apa yang telah kami lakukan pada tahun ini, apa yang Engkau tegah, tetapi kami tidak bertaubat daripadanya sedangkan Engkau tidak melupakannya, dan Engkau berlembut ke atas kami dengan kasih sayang-Mu, padahal Engkau berkuasa untuk menghukum kami, dan Engkau memberi peluang kepada kami untuk bertaubat selepas kami dengan beraninya melakukan maksiat kepada-Mu.

Oleh yang demikian, Ya Allah, kami memohon keampunan-Mu maka ampunilah kami.

 

Ya Allah, jika ada apa-apa yang telah kami lakukan pada tahun ini, apa yang Engkau redha dan Engkau janjikan pahala dan keampunan padanya, maka Engkau terimalah amalan kami, dan janganlah Engkau menghampakan harapan kami kepada-Mu, wahai Tuhan yang Maha Penyayang.


DOA AWAL TAHUN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.

اللَّهُمَّ أَنْتَ الْأَبَدِيُّ الْقَدِيمُ الْأَوَّلُ، وَعَلَى فَضْلِكَ الْعَظِيمِ وَكَرَمِ جُودِكَ الْمَعْهُودِ، وَقَدْ أَقْبَلَ عَامٌ جَدِيدٌ قَدْ أَقْبَلَ، نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيهِ مِنَ الشَّيْطَانِ وَأَوْلِيَائِهِ، وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ الْأَمَّارَةِ بِالسُّوءِ، وَالِاشْتِغَالَ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَىٰ، يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ.

وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.

Maksudnya :

Segala puji bagi Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW semulia-mulia Nabi dan Rasul, dan ke atas keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya.

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Kekal Abadi, yang Qadim lagi Awal, tiada permulaan, dengan limpah kurnia-Mu yang besar dan kemurahan-Mu yang sejati, telah tiba tahun yang baharu ini kepada kami. Maka kami memohon kepada-Mu pemeliharaan daripada syaitan dan tentera-tenteranya, dan kami memohon pertolongan menghadapi nafsu ammarah yang sentiasa mengajak kepada kejahatan, dan kami memohon pertolongan untuk sentiasa melakukan apa-apa amalan yang dapat menghampirkan kami kepada-Mu sehampir-hampirnya, wahai Tuhan yang empunya kebesaran dan kemuliaan.


 

‘Bersama melahirkan generasi Muttaqin, Soleh, Rabbani & Murabbi’

Yang menjalankan tugas,

MOHD HAFIZUDDIN BIN ABDUL RASID,

Pengurus Besar,

Pusat Didikan Al-Istiqamah

Sign in now!

Sign in and manage your account now