Memo Rasmi Untuk Siaran di Laman Sesawang
Perkara: Makluman Pendaftaran Rasmi SRI Integrasi Al-Istiqamah, Pengambilan 2026, Pakej TINYMUSLIM, Polisi Bayaran, Kemudahan Loker, Migrasi Laman Sesawang & Aplikasi Van Sekolah
1) Makluman Status Pendaftaran SRI Integrasi Al-Istiqamah dengan JAIS dan KPM
- Alhamdulillah, pada bulan Julai 2025, pendaftaran Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Istiqamah (SRI Integrasi Al-Istiqamah) dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah disahkan. Kod sekolah: BJJ7044.
- Sehubungan itu, murid layak menduduki:
- Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) ketika Darjah 5; dan
- Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA) ketika Darjah 6.
- Sesi 2026: pendaftaran Darjah 5 dibuka semula bagi Sesi Penuh dan KAFA. Sesi 2027: pendaftaran Darjah 6 dibuka bagi Sesi Penuh dan KAFA.
- Insya-Allah, 2026 ialah tahun pertama murid menduduki UPKK secara rasmi, diikuti PSRA pada 2027.
- Pihak sekolah sedang melaksanakan persediaan awal fasiliti dan bahan pengajaran bagi UPKK 2026 agar murid mencapai keputusan yang cemerlang. Allahumma amiin.
Catatan Tadika: Pendaftaran Tadika Istiqamah Kids dengan JAIS masih dalam proses berikutan tunggakan cukai taksiran dan cukai tanah yang perlu diselesaikan oleh pemilik premis. Pusat Didikan Al-Istiqamah sedang mengusahakan penyelesaian dengan kadar segera agar pendaftaran dimuktamadkan.
2) Makluman Pakej Baharu Darjah 1–6: Pakej TINYMUSLIM (Sesi Pagi & Petang)
- Pakej TINYMUSLIM ditawarkan bagi sesi 2026, dengan pilihan Sesi Pagi dan Sesi Petang (selari format KAFA Pagi/KAFA Petang).
- Fokus pembelajaran:
- Fardhu Ain dan pengukuhan sahsiah;
- Bacaan Al-Quran kaedah al-Barqy;
- Hafazan Al-Quran berperingkat;
- Tahsin solat dan bacaan Al-Quran;
- Amali solat sunat dan pengurusan solat jenazah;
- Silibus Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) JAIS;
- Sirah Nabi SAW dan pembinaan keperibadian Muslim.
- Penilaian: Ujian dan peperiksaan dalaman; tidak melibatkan UPKK atau PSRA.
- Saiz kelas: Maksimum 22 orang; susunan halaqah; pengelompokan mengikut tahap kebolehan.
- Yuran: Struktur yuran pendaftaran yang berpatutan akan dimaklumkan dalam dokumen pendaftaran.
3) Pendaftaran Sesi 2026 pada Struktur Yuran Sesi 2025
- Sebagai penghargaan kepada ibu bapa/penjaga, pendaftaran semula sesi 2026 ditawarkan pada struktur yuran sesi 2025.
- Syarat:
- Bayaran tempahan tempat (booking) dibuat selewat-lewatnya 11 November 2025.
- Bermula 12 November 2025, struktur yuran 2026 berkuat kuasa untuk semua pendaftaran baharu atau pendaftaran semula yang lewat.
4) Makluman Kemudahan Loker Murid Darjah 1–6 (Sesi Penuh, KAFA & TINYMUSLIM)
- Setiap murid akan disediakan sebuah loker bermula sesi 2026.
- Spesifikasi: Loker besi dengan latch lock. Ibu bapa perlu menyediakan mangga (padlock) sendiri.
- Kos: Penyediaan loker adalah percuma.
- Deposit: Security deposit sebanyak RM200 dikutip bersama deposit tempahan tempat.
- Kegunaan: Menyimpan barangan peribadi, pakaian, buku, beg, dan lain-lain.
- Pemulangan deposit: Digunakan untuk baik pulih jika berlaku kerosakan akibat kecuaian. Jika tiada kerosakan, deposit dipulangkan pada akhir tahun bersama deposit lain.
5) Makluman Perubahan Polisi Pemulangan Wang
- Berkuat kuasa bagi pendaftaran sesi 2026, bayaran yuran tahunan/bulanan tidak dipulangkan jika:
- Penamatan persekolahan atas permintaan ibu bapa/penjaga;
- Yuran program tahunan yang belum dihadiri;
- Yuran buku dan yuran uniform (barangan akan diserahkan).
- Walau bagaimanapun, deposit seperti deposit sebulan yuran, deposit loker dan lain-lain (jika ada) akan dipulangkan tertakluk kepada terma.
- Dengan mendaftarkan anak, Tuan/Puan dianggap bersetuju dengan polisi ini. Yuran pendaftaran yang tidak dipulangkan akan disalurkan ke Tabung Pembangunan Pusat Didikan Al-Istiqamah sebagai sumbangan penambahbaikan prasarana dan program. Semoga Allah mengurniakan ganjaran berterusan. Allahumma amiin.
6) Migrasi Laman Sesawang Rasmi
- Laman sesawang rasmi Pusat Didikan Al-Istiqamah akan dimigrasikan berperingkat daripada www.istiqamahcenter.com kepada www.istiqamah.edu.my.
- Tarikh mula penggunaan laman baharu akan dimaklumkan.
- Sistem Pembelajaran (LMS) untuk guru dan murid akan dipindahkan ke domain baharu selepas migrasi dimuktamadkan.
7) Aplikasi E-Hailing Van Sekolah (schoolride.my)
- Peningkatan operasi pengangkutan melalui kerjasama dengan rakan niaga di platform schoolride.my.
- Fungsi: Jejak van sekolah secara masa nyata (real-time) dan notifikasi apabila van menghampiri titik jemput/hantar.
- Penggunaan adalah percuma dalam fasa percubaan.
- Rakan niaga sedang memohon pendaftaran dengan APAD bagi lesen pengoperasian e-hailing.
Rumusan
Terima kasih atas sokongan padu ibu bapa/penjaga. Semoga Allah SWT memberkati usaha pendidikan anak-anak kita dan menjadikan mereka insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Allahumma amiin.
Pusat Didikan Al-Istiqamah yakin pendaftaran rasmi dengan JAIS dan KPM akan mempertingkatkan mutu pendidikan di semua cawangan.
Pertanyaan & Hubungan
En. Hafiz: 019-287 1036
Kerani: 018-235 5622
Pihak kami akan membalas mesej mengikut turutan. Jazakumullahu khairan kathiran.