OPERASI DAN AKTIVITI SEPANJANG CUTI SEKOLAH PENGGAL 2 – 2025

Assalamualaikum Ibu Bapa yang dirahmati Allah sekalian. 🌻

MAKLUMAN OPERASI DAN AKTIVITI SEPANJANG CUTI SEKOLAH PENGGAL 2 – 2025

Dengan segala hormatnya, merujuk perkara di atas.

  • Ā Cuti penggal dua akan bermula pada 15 September 2025 (Isnin) hingga 19 September 2025 (Jumaat)
  • Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Istiqamah dan Tadika Al-Istiqamah (semua cawangan) masih beroperasi untuk sesiĀ day-care sepanjang cuti penggal dua berlangsung.
  • Murid-murid boleh hadir mengikut program masing-masing untuk sesiĀ day-careĀ dan aktiviti cuti sekolah yang diadakan. (Rujuk guru kelas untuk maklumat yuran sekiranya murid separuh hari akan hadir sepenuh hari).
  • Pakaian sepanjang cuti sekolah adalah bebas dan menutup aurat.
  • Pada 15 & 16 September 2025 (Isnin & Selasa), Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Istiqamah dan Tadika Al-Istiqamah (semua cawangan) akan tutup sempena Hari Malaysia. Sekolah dan tadika akanĀ  dibuka semula pada 17 September 2025 (Rabu).
  • Sambutan Maulidur Rasul dan Hari Malaysia akan diadakan pada Hari Khamis, 18 September 2025.

Pihak sekolah berharap program yang diadakan dapat memupuk semangat cinta nabi dan semangat sayangkan negara dalam kalangan anak-anak.

Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan/puan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

ā€˜Bersama melahirkan generasi Muttaqin, Abqariy, Rabbani & Murabbi’

Yang menjalankan tugas,

MOHD HAFIZUDDIN BIN ABDUL RASID

– Pengurus Pusat Didikan Al-Istiqamah

Sign in now!

Sign in and manage your account now