Assalamualaikum Tuan/Puan yang dirahmati Allah.
MAKLUMAN BERKENAAN CUTI PENGGAL SATU & PENUTUPAN SEKOLAH SEMPENA HARI KEPUTERAAN YANG DI-PERTUAN AGONG
Dengan segala hormatnya, merujuk perkara di atas.
- Cuti penggal satu akan bermula pada 29 Mei 2025 (Khamis) – 9 Jun 2025 (Isnin).
- Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Istiqamah dan Tadika Al-Istiqamah (semua cawangan) masih beroperasi untuk sesi day-care sepanjang cuti penggal satu berlangsung.
- Murid-murid boleh hadir mengikut program masing-masing untuk sesi day-care dan aktiviti cuti sekolah yang diadakan. (Rujuk guru kelas untuk maklumat yuran sekiranya murid separuh hari akan hadir sepenuh hari).
- Pakaian sepanjang cuti sekolah adalah bebas dan menutup aurat.
- Pada 2 Jun 2025 (Isnin), Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Istiqamah dan Tadika Al-Istiqamah (semua cawangan) akan tutup sempena Hari Keputeraan YDP Agong. Sekolah dan tadika akan dibuka semula pada 3 Jun 2025 (Selasa).
- Sesi PdPc akan berjalan seperti biasa pada 10 Jun 2025 (Selasa).
Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan/puan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
‘Bersama melahirkan generasi Muttaqin, Soleh, Rabbani & Murabbi’
Yang menjalankan tugas,
MOHD HAFIZUDDIN BIN ABDUL RASID,
Pengurus Besar,
Pusat Didikan Al-Istiqamah
——————————–
Cuti penggal 1 : 29 Mei 2025 – 9 Jun 2025
Cuti Hari Keputeraan YDP Agong : 2 Jun 2025