Pelan Perniagaan - Takoyaki Stall, Kilang kitchen Setapak

Famous Tako Brand

Dilesenkan kepada : 

 

Istiqamah Foods Supply : 202103188613 (003287189-T)

 No 6-1A , Jalan UP 1/7, Taman Ukay Perdana, 68000 Ampang, Selangor.

 

Email : [email protected]

 

No Tel : 018-3555 622 / 03-4161 3772

Isi Kandungan

1.      Pengenalan

2.      Profil Pemilik

3.      Profil Perniagaan

5.      Tujuan Kertas Kerja

7.    Pengiraan Kos

8.      Pengiraan Jualan

9.      SWOT Analisis

10.      Aspek pengurusan

11.      Unjuran Keuntungan 

Pengenalan

Brand Famous tako adalah brand takoyaki jalanan yang telah Wujud di Malaysia semenjak tahun 2018

Keunikan Brand Famous Tako ini adalah mereka mengeluarkan tepung takoyaki & sos takoyaki dari resepi istimewa mereka sendiri

Disebabkan brand ini telah dikenali ramai, jadi Pihak Istiqamah Foods Supply terus mendaftar sebagai ejen dan stokis dan mula menjalankan perniagaan ini semenjak tahun 2021

Kami memulakan dengan 1 gerai Famous tako sehingga dapat membuka 4 gerai serentak pada masa tersebut.

Namun begitu, modus operasi perniagaan di tepi jalan agar sukar untuk di jaga disebabkan banyak kekurangan elemen bantuan pemantaun dan terdedah kepada pelbagai risiko seperti di langgar kereta, hujan dan panas terik.

Elemen bantuan pemantauan yang dimaksudkan adalah – CCTV, Mesin POS & Mesin Rekod Kehadiran

Oleh itu, bermula 2023 ini, Pihak kami akan mula masuk ke setiap UpTown dan Kiosk Bertutup agar elemen bantuan pemantau boleh di pasang untuk memastikan perniagaan lebih lancar dan professional.

Profil Pemilik

Mohd Hafizuddin bin Abdul Rasid

No 6, Jalan UP 1/7, Taman Ukay Perdana, 68000 Ampang Selangor

019-287 1036 / 018-3555 622

Melayu & Malaysia

Islam

2016 – 2018 : Pengarah & Pengurus Cawangan Annusrah Healthcare Sdn Bhd ( Bisnes Pusat Bekam & Fisioterapi )

2017 – 2020 : Pengarah urusan Istiqamah Resources PLT ( Bisnes Taska, Tadika & Sekolah Rendah Agama )

2019 – Sekarang : Pengarah urusan Istiqamah Transport Services Sdn Bhd (Bisnes Van Sekolah)

2018 – Sekarang : Pengarah urusan Istiqamah Teaching Centre ( Bisnes Tadika & Sekolah Rendah Islam Integrasi Ukay Perdana )

2021 – Sekarang : Pengarah urusan Istiqamah Food Supply ( Perniagaan Makanan Jepun Takoyaki )

Dengan izin Allah, Saya boleh menguruskan staff yang ramai, rekod sebelum ini menguruskan 30+ orang staff yang mempunyai jawatan  berlainan setiap bulan.

Selain itu, saya juga sangat teliti dalam penggunaan kos kearah menghasilkan jualan. Saya juga sangat aktif dan berpengalaman dalam menguruskan pemasaran berbayar melalui Facebook Ads, Instagram Ads & Google Ads dan penggunaan laman web wordpress.

Profil Perniagaan

Pusat Didikan Al-Istiqamah
Sekolah Rendah Islam Integrasi Ukay Perdana
Tadika Islam Al-Istiqamah
Istiqamah School Transporter
Istiqamah Foods Supply : pemegang Lesen Jenama Famous Tako

Syarikat Istiqamah Foods Supply adalah anak syarikat Istiqamah Teaching Centre (Pusat Didikan Al-Istiqamah)

Visi & Misi Syarikat

Visi Kami adalah untuk menjana keuntungan yang maksima melalui perniagaan makanan takoyaki yang halal di Malaysia

Misi Kami adalah untuk membuka sebanyak mungkin gerai takoyaki di tempat yang strategik, boleh dipantau dengan baik, pada kadar sewa yang berpatutan di Kuala Lumpur.

Tujuan Kertas Kerja

Kertas kerja ini disediakan adalah bertujuan untuk membentangkan Peluang, Kos & Keuntungan bagi perniagaan semasa dan unjuran bagi 3 bulan ke hadapan kepada bakal Pelabur.

Kami mencari Pelabur untuk melaburkan wang ringgit sebanyak 40% dari jumlah CAPEX yang kami nyatakan dibawah.

InsyaAllah, Saya akan terangkan semua aspek perniagaan ini secara terperinci dalam kertas kerja ini.

Semoga kertas kerja ini dapat memberi keyakinan kepada Tuan/Puan untuk melabur  dalam perniagaan kami ini. aamiin.

Cadangan Tempat Niaga

Tempat cadangan adalah di Uptown Kilang Kitchen, Setapak

Alamat : 30488, Jalan Usahawan 6, Setapak, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Pengiraan Kos : Capex 3 Bulan Operasi

Okay, jom perhatikan di bahagian CAPEX 3 Bulan operasi. 

berkenaan gaji Kru, pihak syarikat akan meletakkan tangga gaji minimum dan mengikat pekerja dengan Kontrak Pembekal perkhidmatan sahaja dalam tempoh 3 Bulan Pertama.

Kos Persediaan tempat & dekorasi tersebut merujuk kepada pemasangan dan pendawaian dekorasi seperti lampu, cctv, penapis air, mesin rekod kehadiran pekerja dan Mesin POS. 

Kesemua ini WAJIB diadakan untuk memastikan kelancaran perniagaan mengikut SOP dan sistem rekod yang telah kami sediakan

Barang basah dan jualan ini sebenarnya mengikut kepada permintaan (jualan) di gerai ini. Jangkaan permintaan adalah sehingga 4 Kg tepung takoyaki sehari  = 1 Set Stok takoyaki = RM250.

Jumlah peruntukan RM2,500.00 dalam Capex ini adalah sebagai modal pusingan barang basah & jualan untuk 3 bulan pertama dan seterusnya.

Pengiraan Kos : Opex Bulanan

Sila lihat dibahagian Opex Bulanan, hanya Kru yang melepasi KPI yang ditetapkan sahaja akan diambil bekerja secara tetap dan mendapat caruman KWSP dan PERKESO

Modal pusingan barang basah adalah RM2,500.00 dari Capex tadi, ini bermaksud setiap pembelian barang basah/jualan maksima RM2,500.00 sahaja dan akan diulang beli sekiranya nilai stok niaga semasa kurang RM1,000.00

Kos lain-lain di peruntukan sehingga RM500.00 sebulan sekiranya perlu, sekiranya aada nanti Anda juga akand apat lihat dalam laporan kewangan bulanan 🙂

Pengiraan Jualan Harian & Bulanan

Baik sebelum kita mengira anggaran jualan harian dan bulanan, Tuan/Puan perlu tahu perlu tahu :

✅ 1KG Tepung Takoyaki = menghasilkan 100-130 Biji takoyaki

✅ Harga jual bagi sebiji takoyaki = Minima RM1.00

✅ Kos sebiji Takoyaki yang dah siap di bungkus beserta bahan perasa = Maksima RM0.30 Sahaja

Okay jom kira buat pengiraan jualan harian dahulu 👇

Sekiranya 4Kg Tepung takoyaki digunakan setiap hari = 4kg x 115 Biji takoyaki secara purata = 460 Biji takoyaki Sehari.

Sekiranya dijual pada harga minimum RM1.00 , Jumlah jualan harian bagi 460 Biji Takoyaki = RM460.00 Sehari.

Bagi pengiraan sebulan 26 hari bekerja =  RM460.00 x 26 hari = RM11,960.00

Jumlah Jualan Sebulan RM11,960.00

Faham Setakat ni? 🙂

Okay jom kita kira anggaran jumlah jualan bersih (sebelum tolak kos gaji dan sewa ) 👇

disebabkan kos maksima bagi setiap biji takoyaki adalah RM0.30 Sahaja. ( 30% dari harga jual iaitu RM1.00 ) = RM3,588.00 Sebulan

Kos Sebiji takoyaki Sebulan RM3,588.00

Okay kita dah kira anggaran jumlah jualan sebulan dan kos sebiji takoyaki sebulan berdasarkan 4kg tepung sehari kan? 

Jom kita kira Jumlah untung bersih pula 👇

✅ Untung Bersih Takoyaki sahaja = RM11,960 – RM3,588.00 = RM8,372.00

lepas tu, tolak dengan kos Sewa bulanan, RM8372.00 – RM650.00  = RM7,722.00

 tolak lagi dengan kos gaji bulanan, RM7,722.00 – RM3,950.00  = RM3,772.00

Untung Bersih Sebulan RM3,772.00

Hensem tak untung bersih sebulan banyak tu? okay sangat kan untuk satu cawangan gerai ^_^

40% pulangan untuk anda dari jumlah untung bersih tu dah RM1,508.80

Haa bestkan? indah je tengok bersih banyak tu..jom baca pula dibawah berkenaan risiko perniagaan ini. 

SWOT Analisis

Aspek Pengurusan Perniagaan

Okay dah sampai disini, aspek pengurusan perniagaan ini pun sangat penting.

Berbisnes juta-juta pun kalau tiada pengurusan yang baik, rugi juga bisnes..tak gitu? 

Baik, untuk pengurusan kewangan, pihak Syarikat akan mengunakan akaun rasmi kami atas nama Istiqamah Foods Supply dari Hong leong bank.

Kami akan gunakan POS sistem dari easyeats.ai untuk memudahkan medium pembayaran, pengurusan pelanggan dan pengurusan penghantaran makanan. 

Melalui POS sistem ini juga membantu untuk kami membuat laporan kewangan yang telus kepada semua pelabur. 

Pekerja yang bergaji hanya 2 orang sahaja iaitu jurumasak dan juru jual takoyaki. 

 

Penyelia bagi 6 bulan pertama adalah Encik Hafiz sendiri ( hanya ambil dari keuntungan yang telah dibahagikan sahaja )

 

Selepas 6 Bulan sekiranya keuntungan berganda dari anggaran keuntungan diatas, Penyelia baru akan dilantik dari Ibu Syarikat Encik Hafiz.

Unjuran Keuntungan tahunan dan Bayaran Dividen

Berdasarkan anggaran keuntungan diatas, kadar keuntungan tahunan = RM3,772.00 x 12 Bulan = RM45,264.00

40% daripada kadar keuntungan tahunan adalah =  RM18,105.60

40% daripada kadar keuntungan tahunan adalah =  RM18,105.60

Ini adalah bahagian anda ^_^

Untuk makluman Tuan/Puan juga, tarikh tutup pengiraan kewangan adalah setiap 27 haribulan.

jadi Untung & Rugi setiap bulanan dikira dari 28 haribulan ke 27 haribulan bulan seterusnya. 

Pengiraan dividen setiap bulan bermula 28 haribulan dan akan di bayar kepada semua pelabur pada setiap 15 haribulan hari bekerja.

Okay anda dah hadam semuanya? masih ada soalan? boleh terus Whatapps Encik Hafiz untuk kepastian.

 

Atau Anda berminat? boleh terus maklumkan kepada Encik Hafiz di whatapps beliau ya.

TAWARAN 40% INI HANYA TERHAD SEHINGGA 1/2/2023 SAHAJA

Sign in now!

Sign in and manage your account now