MEMO : JEMPUTAN SERTAI PIBG PUSAT DIDIKAN AL-ISTIQAMAH

MEMO
Kepada: Ibu Bapa/Penjaga Pelajar Pusat Didikan Al-Istiqamah
Daripada: Pejabat Pentadbiran
Tarikh: 20 Februari 2025
Perkara: Pendaftaran Portal Komuniti PIBG Al-Istiqamah


Para Ibu Bapa/Penjaga yang dihormati,

Sukacita dimaklumkan bahawa Portal Komuniti PIBG Al-Istiqamah kini boleh diakses di https://pibg.istiqamahcenter.com. Platform ini diwujudkan bagi memudahkan perhubungan dan penyaluran maklumat antara pihak sekolah dengan para ibu bapa serta penjaga.


Mohon Perhatian:
Bermula hari ini, semua memo dan hebahan rasmi tidak lagi akan dihantar melalui WhatsApp. Sebaliknya, segala pengumuman akan disiarkan di Portal Komuniti PIBG Al-Istiqamah. Justeru, adalah amat penting untuk semua ibu bapa/penjaga mendaftar di portal tersebut.


Selain daripada hebahan dan pengumuman, portal ini turut berfungsi sebagai pusat pembelajaran digital. Pihak kami komited dalam menyediakan bahan pembelajaran yang bermutu tinggi untuk anak-anak tuan/puan. Ini merangkumi nota pembelajaran, tugasan dan pelbagai bahan sokongan pembelajaran yang akan dikemas kini secara berkala melalui portal ini.


Kepentingan Pendaftaran:
Dengan mendaftar, tuan/puan akan memperoleh akses kepada:

  1. Kemaskini dan Pengumuman Sekolah: Terima maklumat terkini di satu platform berpusat.
  2. Bahan Pembelajaran: Akses kepada sumber pembelajaran berkualiti yang disediakan oleh para pendidik.
  3. Kumpulan Komunikasi Ibu Bapa-Guru: Interaksi berkesan dengan guru-guru bagi pemantauan prestasi anak-anak.

Langkah-langkah Pendaftaran:

  1. Layari https://pibg.istiqamahcenter.com
  2. Ikuti panduan yang disediakan untuk mewujudkan akaun.

Pendaftaran segera tuan/puan amat dialu-alukan bagi memastikan kelancaran penyampaian maklumat dan pembelajaran anak-anak. Sekiranya tuan/puan menghadapi sebarang kesulitan semasa proses pendaftaran, pihak pejabat sedia membantu.


Kerjasama tuan/puan dalam menjayakan inisiatif ini amatlah dihargai. Semoga usaha ini dapat meningkatkan kecemerlangan pembelajaran anak-anak kita.

Sign in now!

Sign in and manage your account now