Assalamualaikum Ibu Bapa yang dirahmati Allah sekalian.
MAKLUMAN PROGRAM MINGGU MERDEKA DAN CUTI HARI KEBANGSAAN
Dengan segala hormatnya, merujuk perkara di atas.
- Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Istiqamah dan Tadika Al-Istiqamah (semua cawangan) akan mengadakan program minggu Merdeka pada 27 Ogos 2025 – 29 Ogos 2025.
- Beberapa pertandingan turut diadakan bagi memeriahkan program.
- Jadual dan aktiviti yang dirancang akan dikongsikan oleh guru di group whatsapp kelas anak-anak.
- Pihak sekolah dan tadika sangat menggalakkan penyertaan anak-anak dalam program yang diadakan ini.
Pihak sekolah berharap program sempena Hari Kebangsaan ini dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan murid serta menanam rasa cinta terhadap negara Malaysia.
CUTI HARI KEBANGSAAN
Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Didikan Al-Istiqamah akan bercuti pada 1 September 2025 (Haru Isnin) sempena Hari Kebangsaan yang jatuh pada 31 Ogos 2025 (Hari Ahad).
Oleh itu, tiada daycare akan dibuka.
Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan/puan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
‘Bersama melahirkan generasi Muttaqin, Abqariy, Rabbani & Murabbi’
Yang menjalankan tugas,
MOHD HAFIZUDDIN BIN ABDUL RASID
– Pengurus Pusat Didikan Al-Istiqamah