MEMO
Kepada: Ibu Bapa/Penjaga Pelajar Pusat Didikan Al-Istiqamah
Daripada: Pejabat Pentadbiran
Tarikh: 20 Februari 2025
Perkara: Pendaftaran Portal Komuniti PIBG Al-Istiqamah
Para Ibu Bapa/Penjaga yang dihormati,
Sukacita dimaklumkan bahawa Portal Komuniti PIBG Al-Istiqamah kini boleh diakses di https://pibg.istiqamahcenter.com. Platform ini diwujudkan bagi memudahkan perhubungan dan penyaluran maklumat antara pihak sekolah dengan para ibu bapa serta penjaga.
Mohon Perhatian:
Bermula hari ini, semua memo dan hebahan rasmi tidak lagi akan dihantar melalui WhatsApp. Sebaliknya, segala pengumuman akan disiarkan di Portal Komuniti PIBG Al-Istiqamah. Justeru, adalah amat penting untuk semua ibu bapa/penjaga mendaftar di portal tersebut.
Selain daripada hebahan dan pengumuman, portal ini turut berfungsi sebagai pusat pembelajaran digital. Pihak kami komited dalam menyediakan bahan pembelajaran yang bermutu tinggi untuk anak-anak tuan/puan. Ini merangkumi nota pembelajaran, tugasan dan pelbagai bahan sokongan pembelajaran yang akan dikemas kini secara berkala melalui portal ini.
Kepentingan Pendaftaran:
Dengan mendaftar, tuan/puan akan memperoleh akses kepada:
- Kemaskini dan Pengumuman Sekolah: Terima maklumat terkini di satu platform berpusat.
- Bahan Pembelajaran: Akses kepada sumber pembelajaran berkualiti yang disediakan oleh para pendidik.
- Kumpulan Komunikasi Ibu Bapa-Guru: Interaksi berkesan dengan guru-guru bagi pemantauan prestasi anak-anak.
Langkah-langkah Pendaftaran:
- Layari
https://pibg.istiqamahcenter.com - Ikuti panduan yang disediakan untuk mewujudkan akaun.
Pendaftaran segera tuan/puan amat dialu-alukan bagi memastikan kelancaran penyampaian maklumat dan pembelajaran anak-anak. Sekiranya tuan/puan menghadapi sebarang kesulitan semasa proses pendaftaran, pihak pejabat sedia membantu.
Kerjasama tuan/puan dalam menjayakan inisiatif ini amatlah dihargai. Semoga usaha ini dapat meningkatkan kecemerlangan pembelajaran anak-anak kita.